Pages

Monday, May 31, 2010

TIPS | Colar Spray & Multi Purpose

Salam. Disini saya ingin memberi sedikit tips kepada sahabat-sahabat pengusaha dobi. Ini adalah berkaitan penggunaan Colar Spray dan Multi Purpose Cleaner.

Kebanyakkan pengusaha dobi baru terutamanya, mereka tidak tahu kegunaan kedua-dua bahan pencuci ini.

Colar Spray adalah digunakan untuk membersihkan bahagian kolar baju. Selalunya kita boleh lihat kesan kotoran hitam dibahagian kolar. Kotoran itu la yang boleh dibersihkan dengan menggunakan Colar Spray. Semburkan sedikit colar spray di bahagian yang kotor, kemudian berus sedikit dikawasan itu. Seterusnya basuh la seperti biasa.

Multi Purposer Cleaner pula adalah untuk menambahkan kesan pembersihan ke atas basuhan kita. Anda boleh bancuhkan multi bersama-sama detergent dan colar spray. Kemudian, bancuhan tadi anda gunakan setiap kali ingin membasuh baju. Kesannya, baju yang mempunyai kotoran degil akan menjadi lebih bersih.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

DUNIA DOBI TIPS

TIPS 1

Menggunakan easy iron untuk memudahkan kerja menggosok.

Caranya:

1. Masukkan easy iron ke dalam botol spray. (boleh juga tambah dengan sedikit air)
2. Kemudian semburkan sedikit easy iron ke atas pakaian tersebut dan gosok seperti biasa.

**Untuk mendapat kesan yang lebih baik, tambahkan sedikit kanji cair.