Pages

Tuesday, August 9, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Salam,

Maaf kerana sedikit terlewat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang mengunjungi Duni Dobi.

Semoga anda semua di berkati dan dirahmati di bulan yang mulia ini.

Daripada kami, Dunia Dobi :)


Monday, May 31, 2010

TIPS | Colar Spray & Multi Purpose

Salam. Disini saya ingin memberi sedikit tips kepada sahabat-sahabat pengusaha dobi. Ini adalah berkaitan penggunaan Colar Spray dan Multi Purpose Cleaner.

Kebanyakkan pengusaha dobi baru terutamanya, mereka tidak tahu kegunaan kedua-dua bahan pencuci ini.

Colar Spray adalah digunakan untuk membersihkan bahagian kolar baju. Selalunya kita boleh lihat kesan kotoran hitam dibahagian kolar. Kotoran itu la yang boleh dibersihkan dengan menggunakan Colar Spray. Semburkan sedikit colar spray di bahagian yang kotor, kemudian berus sedikit dikawasan itu. Seterusnya basuh la seperti biasa.

Multi Purposer Cleaner pula adalah untuk menambahkan kesan pembersihan ke atas basuhan kita. Anda boleh bancuhkan multi bersama-sama detergent dan colar spray. Kemudian, bancuhan tadi anda gunakan setiap kali ingin membasuh baju. Kesannya, baju yang mempunyai kotoran degil akan menjadi lebih bersih.

Tuesday, March 23, 2010

KHIDMAT PENGHANTARAN KAMI KINI DIPERLUASKAN

Salam kepada semua rakan-rakan pengusaha dobi sekalian. Kami di Dunia Dobi yang dimiliki oleh Kedai Dobi Suci kini mempunyai berita baik untuk anda semua.

Disebabkan banyak permintaan daripada rakan-rakan di luar kawasan Selangor & Kuala Lumpur untuk produk sabun kami, kini kami mempunyai penghantaran ke kawasan anda.

Selain itu, produk kami bukan hanya terhad kepada kedai dobi sahaja. Produk kami juga boleh digunakan dirumah.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi kami melalui talian telefon atau emel. Jika anda menghubungi kami melalui emel, sila sertakan nama, no. telefon dan alamat anda.

Terima kasih diucapkan kepada anda yang memberi sokongan kepada kami. Diharapkan kerjasama kita akan berjalan dengan lancar.


Sekian, terima kasih.

DUNIA DOBI TIPS

TIPS 1

Menggunakan easy iron untuk memudahkan kerja menggosok.

Caranya:

1. Masukkan easy iron ke dalam botol spray. (boleh juga tambah dengan sedikit air)
2. Kemudian semburkan sedikit easy iron ke atas pakaian tersebut dan gosok seperti biasa.

**Untuk mendapat kesan yang lebih baik, tambahkan sedikit kanji cair.