Pages

Friday, January 15, 2010

PETA KE KEDAI KAMI

Ini adalah peta untuk memudahkan perjalanan anda ke kedai kami. Harap dapat membantu anda semua.

Jika terdapat sebarang masalah, anda boleh menghubungi kami di 012-916 9709




Tuesday, January 12, 2010

SETERIKA (IRON)

Seterika atau iron adalah antara peralatan yang penting untuk kedai dobi. Seterika yang digunakan di kedai dobi adalah berlainan dengan seterika rumah. Ini kerana seterika dobi memerlukan tangki untuk mengisi air yang kemudiannya dipanaskan lalu membentuk stim bagi membantu kerja-kerja menggosok. Tanpa seterika ini, kerja menggosok akan mengambil masa yang lama.

Oleh itu, kami membekalkan pelbagai jenis seterika untuk kegunaan dobi. Dibawah adalah contoh steam iron dan iron board.


1. STEAM IRON




2. IRON BOARD

PENGERING (DRYER)

Pengering sangat penting dalam menjalankan perniagaan dobi. Memilih pengering yang sesuai dengan kuantiti pakaian untuk dikeringkan adalah penting. Terdapat pelbagai jenis pengering terdapat di pasaran dengan pelbagai saiz.

Gambar dibawah adalah contoh pengering yang terdapat di pasaran.




MESIN BASUH

Ini adalah contoh-contoh mesin basuh. Selain mesin baru, kami juga mempunyai mesin 2nd hand. Terpulang kepada anda untuk memilih mesin yang anda rasa bersesuaian dengan anda.

Kami akan cuba untuk mendapatkannya untuk anda.






LAUNDRY SETUP

Untuk pengetahuan anda, DUNIA DOBI juga menyediakan khidmat pemasangan peralatan dobi.

Pakej yang di berikan amat berpatutan. Pakej yang kami tawarkan adalah sesuai untuk permulaan perniagaan anda. Dengan modal yang kecil anda masih mampu menjadi pengusaha dobi seperti yang anda inginkan.

Dalam pakej yg kami panggil sebagai "SMALL LAUNDRY PACKAGE" ini, peralatan yang akan disediakan adalah seperti berikut:

1. 1 pcs -10kg Commercial Washer Heavy Duty
2. 1 pcs - 8kg Commercial Dryer Heavy Duty
3. 1 pcs -Vertical Granity Steam Iron – Silver Star (Single Iron)
4. All - Pipings For Washer Inlet/Outlet flows
5. All - Pipings / Ductings for Dryer
6. All Hardware Fittings / Attachments / Electrical Points
7. 1 pcs - Counter
8. 2 pcs - Hanging Rack
9. 1 0r 2 pcs - Pigeon Hole Storage Shelf / Utility Shelf
10. 1 pcs - Table
11. 2 pcs - Chairs
12. 1 pcs - Ironing Board
13. 1 pcs - Weighing Machine
14. 6 pcs - Laundry Basket
15. Training Course


Monday, January 11, 2010

PLASTIK

Selain membekalkan sabun, kami juga membekalkan plastik. Terdapat beberapa jenis plastik untuk kegunaan dobi. Dibawah adalah senarai plastik yang ada dikedai kami.

1. PLASTIC PP (5KG)

A. 20X30
-Digunakan untuk seluar dan comforter kecil

B. 24X36
-Digunakan untuk kemeja, coat, dan comforter besar

C. 24X52
-Digunakan untuk baju kurong, jubah dan sebagainya





2. PLASTIK BUNGKUS

A. XL
B. L
C. M
D. S

KANJI / STARCH

Kanji digunakan untuk mengeraskan pakaian. Maksudnya disini ialah, baju-baju yang mempunyai material yang sangat lembut digosok menggunakan kanji untuk mengeraskannya sedikit.


EASY IRON

EASY IRON? Untuk pengetahuan anda, EASY IRON digunakan untuk membantu memudahkan pakaian untuk digosok. Selain itu, ia membantu melicinkan pakaian yang sukar untuk digosok.

Kadangkala sukar untuk menggosok sesuatu jenis pakaian kerana keadaan material kainnya yang keras dan berkeromot atau kedut yang berlebihan.

Dengan penggunaan EASY IRON, kerja menggosok akan menjadi mudah dan cepat.


CLOROX

Clorox juga amat penting untuk cucian pakaian. Terutama pakaian berwarna putih. Clorox dapat membantu menghilangkan kotoran-kotoran tersebut dengan lebih berkesan.

MULTI PURPOSE CLEANER

Multi purpose cleaner pula adalah untuk membantu sabun yang digunakan untuk mendapat pembersihan yang lebih sempurna. Ia boleh membantu menghilangkan kotoran-kotoran degil yang melekat pada pakaian.



**Gambar di atas menunjukkan MULTI PURPOSE CLEANER dalam botol bersaiz 3L.
***Selalunya, "customer" membeli multi dalam tong bersaiz 25L.

COLAR SPRAY

COLAR SPRAY? Apa itu colar spray? Sesetengah pengusaha dobi tidak tahu mengenai colar spray. Colar spray di gunakan untuk menghilangkan kotoran di bahagian colar baju.

Contohnya baju kemeja, sering kita lihat terdapat kesan hitam dibahagian tersebut. Untuk itu colar spray digunakan bagi membantu menghilangkan kotoran tersebut.

Ini adalah colar spray yang di keluarkan oleh syarikat kami.




**Kami membekalkan colar spray ini dalam saiz 25L dan 3L.

LOTION UNTUK PAKAIAN

Lotion pakaian biasanya digunakan untuk mewangikan pakaian setelah di basuh. Ini kerana selepas proses pengeringan didalam dryer/pengering, haruman softener dipakaian akan berkurangan. Oleh itu, lotion digunakan untuk menambah keharuman pada pakaian yang dibasuh.


Kami menyediakan 3 jenis lotion yang biasa digunakan untuk kedai dobi.

1. P. LOTION AF




2. P. LOTION XX




3. NEW ESCAPE



** Untuk maklumat anda, NEW ESCAPE merupakan lotion yang paling digemari kerana keharumannya.

SOFTENER

Softener atau pelembut adalah untuk melembut dan mengharumkan pakaian. Digunakan bersama-sama sabun pembersih/detergent samada powder atau liquid mengikut keselesaan anda.

Kami mempunyai 4 jenis softener dengan haruman yang berbeza untuk anda pilih.

1. PINK SOFTENER



2. AF SOFTENER



3. XX SOFTENER



4. SS SOFTENER


**PRODUK INI DI JUAL DALAM SAIZ 25L DAN 3L

DETERGENT

Produk utama DUNIA DOBI ialah sabun pembersih. Terdapat dalam 2 bentuk iaitu sabun serbuk/powder dan sabun cair/liquid. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.



POWDER DETERGENT:

1. M80 - 25KG
2. 9A - 25KG






LIQUID DETERGENT:

1. AF - 25L
2. XX - 25L


DUNIA DOBI ANDA

Blog ini diwujudkan untuk memudahkan pengusaha-pengusaha dobi mendapat maklumat mengenai barang-barang kegunaan dobi. Juga memberi penerangan mengenai penggunaan bahan-bahan dan mesin-mesin tersebut.

Kami juga akan memberi tip-tip yang mungkin dapat membantu dalam memudahkan kerja-kerja di kedai dobi anda.

Dalam blog ini, anda boleh melihat pelbagai jenis sabun dan mesin kegunaan dobi yang dijual oleh syarikat kami.

Semoga kehadiran blog ini dapat membantu para pengusaha dobi untuk lebih maju dalam mengusahakan perniagaan dobi mereka.


Glitter Photos

DUNIA DOBI TIPS

TIPS 1

Menggunakan easy iron untuk memudahkan kerja menggosok.

Caranya:

1. Masukkan easy iron ke dalam botol spray. (boleh juga tambah dengan sedikit air)
2. Kemudian semburkan sedikit easy iron ke atas pakaian tersebut dan gosok seperti biasa.

**Untuk mendapat kesan yang lebih baik, tambahkan sedikit kanji cair.